Thursday, July 30, 2009

anak..anak....

mcm biasa waktu pagi adalah time paling sebuk bagi aku.mana nak gosok baju sekolah anak dan suami kemudian kejutkan anak2,suruh diorang mandi ,solat,kemudian aku berlari pulak turun bwh untk prepare breakfast dan siapkan bekal diorang ni .masanilah pulak anak2 macm kerenah ,"ma....talipinggang adik mana ma..."ma ini mana maaaaaa..."itu adalah dialog yg akn aku dengar setiap pagi.itu blm cik abg sorang tu pulak.kadang2 pening juga kepala aku ni,ialah kita ni sorang yg memerlukan perkhidmatan ramai.manaalah terdaya...

Wednesday, July 29, 2009

Gambar

Gambar yang aku letak ni adalah gambar 3 buah hatiku yang macam-macam ragam tu.Yang sulung tu baru 12 tahun pada 18hb ari tu.Yg nombor 2 tu 10 tahun,dan yg girl tu dah 5 tahun.Diaorang bertiga nilah yg membuat aku sedar bahwa menjadi housemom bukan satu kerja mudah.rasanya 24 jam sehari pun tak cukup.Ialah apataknya semua jawataan aku pegang daripada chief cook,cleaner,butler,driver ...semuanya aku pegang.Anakku yang sulung Amir tu orangnya cool sikit,tak banyak kerenah,kalau aku panggil dan minta tolong buat something jawapnya "ya...ma...".Yg nombor 2 tu.....tulah yg selalu buat poning kepala den.kerenah dia ni kalau dibukukan rasanya boleh dpt satu buku.yg girl tu biasalah dah girl dikelilingi boy sedikit sebanyak adalah perangai boynya.tapi part mulut tu yang tak tahan,ada aje soalan cepuemas yang akan ditanya start dia celik mata sampai tido.kadang-kadang soalan tu aku nak jawap pun tak reti.Bila aku dah tak reti jawap.....jawapan aku senang aje "tanya abah!"terkedu cik abg tu...

Baru nak belajar!

Assalamualaikum buat semua,
cemburu melihat semua orang ada blog.... hati ini meronta-ronta nak buat satu tapi masa menjadi halangan utama.Ialah dengan kerjaya sebagai surirumah sepenuhmasa ini antara urusan rumahtangga dan urusan anak-sekolah berapa sangatlah masa yang tinggal untuk diri sendiri.