Monday, December 7, 2009

bubur jagung

Teringin pulak ari ni nak makan bubur jagung.Lagipun ada pinggan jiran yang perlu dipulangkan.Lagi pulak rainy season ni kalau makan panas2 memang sedap.ini adalah resepi bubur jagungku.


BUBUR JAGUNG

1 tin whole kernel corn
200 g sagu biji (dibilas dengan air dan ditoskan)
3 cawan air
gula melaka secukupnya
daun pandan
secubit garam
santan pekat i biji (aku guna santan kotak aje)

cara-cara

masak sagu dengan air sehingga sagu bertukar jernih.
kemudian masukan jagung,daun pandan dan gula melaka.
Gula itu adalah mengikut sukatan sendiri jika suka manis lebihkan.
masukan santan dan garam.

Bila dah masak bolehlah dihidangkan untuk minum petang.

Saturday, December 5, 2009

chocolate walnut cake

Kek ni buatkan untuk mak odah.

Cheesecake with blueberry topping

Cheesecake yang diorder kak maria untuk majlis yassin rumah liza.

cupcake for my cousin

Lepas raya pulak wedding my cousin kat benut,pontian.Actually ia wedding iza,anak cik mat adik mak yg stay kat kampung Parit Betak .X tau nak bawak apa ada masa sempat juga i buat this cupcake.i buat simple design aje.Selamat Pengantin Baru.

My marble choc cheese cake

raya rumah sendiri


Raya aidiladha tahun ni kami beraya rumah sendiri.Actually it my hubby turn utk balik kampung dia.But Amir ada exam SDEA(sijil djh enam agama)until thursday and my hubbypun x boleh ambik cuti coz office dia tgh audit.So he decide x payah balik kg.Kami beraya kat Bukit Dahlia aje.Tapi seronok juga sebab kami dpt lihat org melakukan korban di surau.My kids suka sgt dpt tengok org sembelih lembu and kambing.Let them know what is really 'ibadah korban' are.Beraya rumah sendiri kenalah masak sendiri.Biasanya kalau raya masak ramai with familly.but this time kena masak sendiri kelam kabut jugalah.I masak lepat jawa,rendang ayam dan daging masak hitam aje.An then a bake marble choc cheese cake.Bawak sikit pegi surau.Nampaknya everybody like my cake.kalau sape yg x tau lepat tu ape lihat gambar tu.ia adalah pulut yg dibalut dgn daun kelapa.daun ketupat tulah.Pulut tu dikukus dulu mcam ketupat daun palas.

My hubby tengah kerjakan daging korban

Kenangan di masjidil Haram bersama hubby

Hari raya aidiladha.....


Assalamualaikum,
Dah berminggu2 rasanya x update this blog.Busy with kids dan right now dah cuti sekolah and then take order buat sometimes lupa nak open the laptop.Kekadang baru nak buka password dah datang pulak sikaki kacau tu.sape lagi kalau x my elder Amir tu.Dia tu memang pantang kalau mama dia buka cepat2 dia mengempet dok sebelah.Lepas mulalah dia sikit 2 takeover.Bila mama dia giveup asyik kena kacau aje terus bangun.
Dah 2 ari my hubby xde kat rumah.Pegi Kuala Kangsar meeting JIM katanya.AGM JIM katanya.entahlah i x berapa tau coz i x join this ngo.Bukan x mau tapi i dont have enough energy utk buat semua.Biarlah dia aje lagipun he 's very fantastic in this line.Lagipun yesterday and the day before ada order.so kena siapkanlah order dulu.Today pulak ada wedding kat rumah kak roy.She is my friend masa perform hajj dulu.Dia dpt pulak menantu yg sama2 pegi haji tu dulu.Alhamdullillah dpt menantu yg dah hajjah. congrat to kak roy.Cerita pasal haji ni pulak rasanya x terlambat utk wish selamat hari aidiladha for all who read this blog.Setiap kali musim haji dtg, berderai airmata teringat kenangan masa pegi haji dulu.Those kenangan memang x akan lupa sampai bila2.Ialah rasanya xde tempat lain yg seindah kota madinah dan xde tempat lain yg dpt menyentuh hati selain di Mekkah.Kenangan with hubby disana adlh yg paling mendalam sekali.

Saturday, October 31, 2009

realease stress...

asm...dah lama x update this blog.sorrylah for the follower..bukan sengaja tapi dek sibuknya dgn open house sana sini and after that terus anak2 pulak ada final exam so macam x sempat gitu nak bukak this laptop.sekarang ni musim raya dah pun abis and my kids semua dah abis diorang punya final so bolehlah i start balik with this blog.last wednesday i pegi mega sale jcard day kat jusco tebrau city.pegi dgn my friend kak asmah.bravo kak asmah kerana termakan pukuk rayu ku utk pegi shopping.tentu hubby dia marah coz ajar wife dia bukan2.nak buat mcmn kaki shopping mana boleh dgr ada sale ,gatal aje tangan tu nak swipe the cards.bertolak pkl 9.00 pagi.aku dah settlekan semua hal rumah siap sempat masak lagi tu.my kids dah arrange dgn hubby utk dia ambik and antar .actually i ask hum to take leave coz cuti dia byk lagi but his boss x approve.apalah boss dia ni x sporting langsung.btw jadi jugalah pegi.sekali sampai kat sana around 9.3o mak datuk punyalah byk kereta nak masuk parking.apalah diorang ni tak tu ke sekarang ni ekonomi not so good pun masih nak buang duit shopping.ceawah ngata orang... so apalagi bila sampai aku apalagi aku grap terus silk bedsheet yg dari dulu aku idamkan .ada disc 80% oklah tu...shopping punya shopping x sedar waktu berjalan dengan pantas.kitaorang rehat utk makan and solat aje rupanya bila nak reedem voucer tu baru sedar hampir 1 k juga kitaorang belanja.Pkl 5 balik kitaorang balik.walaupun penat aku puashati coz this is the way aku release tension and my stress.Walaupun aku ni homemaker (surirumah lah tu)and everyday hanya bergelumang with my kids aje aku pun stress juga apa.Bukan org kerja kat ofis aje boleh stress tapi rasanya we all nipunya stress level rasanya lebih.But my hubby alhamdulillah understand and know me very well how to reduce my stress level.

Friday, October 2, 2009

Rumah tradisional di Pulau Pinang


Seronok juga beraya di P. Pinang ni,byk rumah2 tradisional masih boleh dilihat dan dikagumi.

Gurun dan P.Pinang


Raya kelima father inlaw ajak pergi kedah and Penang.Gi ziarah mak dan pak menakkan(bapa dan mak sedara) katanya.Pagi tu juga migrain aku datang.Berdenyut2 kepala rasa malas nak pegi bila tengok muka hubby aku tu rasa x sampai hati pulak.So selepas telan panadol 2 biji maka berangkatlah kami ke Gurun.Rumah mak menakkan hubby ni betul2 dikaki gunung jerai.airnya guna air bukit lagi .sejuk......tapi dlm sebuk2 terlupa pulak nak ambik gambar.Selepas tu kami patah balik pulak gi rumah sedara di Penang.Aku tupun x berapa ingat betul2 nama kampungnya.Ada beberapa buah rumah kami pergi ,ada yg di permatang rambai,dan beberapa tempat lagi.Aku bukannya ingat nama2 dan dimana terletaknya.ialah kampung di penang ni aku tengok sama aje...semuanya dikelilingi sawah padi.

Monday, September 28, 2009

BALIK KE TAIPING


Raya ke 4....kami balik sebelah my hubby pulak.bertolak awal takut kereta byk.Alhamdulillah jalan ok aje,But my kid mengantuk and lapar coz the long journey tu.Singgah di R&R dengkil apalagi terus order satay.

AMIR AND COUSIN

Pagi raya......


Pagi raya biasalah sebuk......sempat juga ambik gambar anak2 and keluargaku...Raya ni sebenarnya yg happy anak2 aje.Apalagi abg Amir tu jadilah ketua bawak cousinnya yg kecik2 tu beraya rumah neighbour2 kat rumah mak tu.Pandai pulak dia handle.Tapi dia memang great dgn small kid.Hari tu ada marhabban ,so kitarang buat preparation utk itu.After that we all rehat aje kat rumah.
Second day raya, kami sekeluarga balik kampung diBenut.Pergi visit Yai (atuk)aku yg dah tinggal sorang tu.Sambil tu pergi ziarah rumah sepupu,mak cik,nenek(mak tiri abah)dan rumah wak yg x jauh dari rumah Yai.Dpt juga jumpa mak cik & pak cik yg dah lama x jumpa.

Raya datang lagi


Raya datang lagi...Dah lama x update blog ni..sebuklah katakan ...buat persiapan utk sambut raya.Syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan usia utk bertemu dgn ramadhan dan syawal lagi tahun ni...Happy coz raya thn ni turn beraya kat kluang.Saturday baru balik rumah mak.Adik2 yg lain friday lagi dah balik.Nak buat mcmn cik abg tu friday masih kerja lagi.Bila sampai rumah mak,mak tgh isi ketupat....dah siap buat ketupat rupanya...it's busy day.Mlmnya pujuk hubby gi bdr kluang...nak gi tengok org lelong kuih.Punyalah ramai org...bersesak2,teringat pulak masa buat tawaff di Mekah ketika kami perform our Hajj 2 thn lepas.Aku x beli apa2pun.At last beli kuih makmur coz tekak ni teringin pulak nak rasa kuih tradisional tu.Mlm tu our kids enjoy betul main bunga api &mercun.Supply dpt dari uncle diorang yg kerja kat utara pantai timur tulah....

Tuesday, September 15, 2009

buat biskut.


Amir dah abis exam baru ada semangat nak buat kuih dan prepareration ari raya.sempat jugalah buat biskut arab,lepas ni nak buat tart,choc chips dan siapkan projek langsir yang tertangguh ari tu.

anak periksa

Dah lama x update blog ni.bukan aje x update bukak pun x sempat.Bukan apa ni semua sebab buah hatiku ku yang sulung tu menghadapi exam UPSR.sebab Amir nak exam mama dia pulak yg nervous. si Amir tu x kisahpun ,relax aje.sebelum dia exam tu segala preparation utk raya ni pendinglah.Exam dia start 8hb sampai 10 hb.Masa dia exam tu ari2 pegi sekolah utk kemajlis bacaan yassin dan sembahyang hajat anjuran sekolah.Abah diapun cuti 4 ari sepanjang amir exam ni.Mama doakan amir berjaya mendapat 5A sayangku....

Tuesday, September 1, 2009

kena tinggal

Hari ni my hubby pegi kl.Tomorrow dia ada interview kat ibupejabat TNB di pj.Nampaknya mlm ni tido dgn anak2lah .Goodluck hubby,semoga apa yg dihajatkan tercapai jua.

kek buah kukusku

lagi-lagi cupcake


Malam tadi pulun menyiapkan cupcake untuk Icah bawa kesekolah.Ada hari muhibbah sempena merdeka day katanya.Hai sekolah Nuri ni x abis2 sambut merdeka day.Hari tu sebelum school holiday dah celebrate,ni celebrate lagi.Biasalah bila ada function kat Nuri ni ....parentlah yang kena sediakan potluck.Budak2 ni biasalah kalau cikgu suruh bawak kuih pegi sekolah,diapun sebuk suruh kita buat kuih.Walaupun rasa letih berpuasa tapi sbb sayangkan anak buat jugalah.Dalam waktu tu sempat juga kukus fruitcake sebiji.Bukan apa suka2 aje.Ada sesiapa nak order?

Thursday, August 27, 2009


27/8/2009......
Har ni rasa letih sikit sbb semalam pulun siapkan tempahan kek buah kukus.Kek ni membuatnya senang tapi nak mengukusnya tu yg leceh.Sbb kukus selama 4 jam.Lepas tu sambil tunggu mengukus kek tu,sempat juga buat tart blueberry.Saja suka2 buat utk anak2 makan dan buat sample bagi jiran2 yg nak order.Kek kukus tu terlupa pulak nak ambik gambar.

Kek buah kukus dan tart blueberry


Dah banyak hari x update blog ni.Weekend lalu balik rumah mak utk sambut awal ramadhan.Kebetulan pulak abah admitt hospital sebab demam.Kesian emak ....ialah normally yg pergi beli barang dapur tu abah so bila abah masuk hospital , xde berlauklah dia.So ,friday tu aku siap belikan barang dapur utk mak.Lepas terawikh malam tu baru aku & family bertolak balik.Sampai bdr Kluang pun dah tengah malam.My hubby apalagi sbb mengantuk dia punya pecut kereta tu sampai perut aku pun naik kecut.Nyaris2 nak tercampak dlm sungai apbl dia x perasankan lencongan di jambatan yg masih under construction tu.Alhamdulillah dpt juga berpuasa dgn mak dan jenguk abah kat hospital.Sunday tu hubby kata dia kena gi kl sbb monday ada meeting kat Uniten .So kitaorang 1 family pegilah.stay kat equotorial,Time hubby gi meeting tu aku & anak2 apalagi terus chow ke seksyen 7,jumpa member2 dan jiran2 lama.Sempat juga ngendap rumah ku yg sekarang disewakan pada org.Lepas juga rindu pada daorang.Sambil tu sempat juga shopping bunga kat Nor towkey bunga tu.

Thursday, August 20, 2009


Hari sabtu pergi Tesco extra kat Plentong.sekolah icah,Nuri bukit Dahlia telah memilih utk dia mewakili sekolah dlm colouring contest.So sebagai parent kenalah bagi sokongan.Pukul 11 pagi dah pegi w/pun cikgu dia cakap event mula pukul 12 tghr.Sampai2 cikgupun baru nak buat persiapan.So pukul 1.00 tghr baru start.Penat juga but as a mother i tetap kena beri sokongan.Petang baru habis but icah x dpt hadiahpun.

Friday, August 14, 2009

Inilah hasilnya setelah berpenat lelah.
Comel x ? itu yg buat aku mimpi siang mlm nak belajar buat benda alah ni.

Belajar buat aising fondant.


Hari selasa lepas pergi belajar buat icing fondant di sweet ummi bakery.pegi bertiga dgn k.asmah &ina.Hari tu cik abg kena ambik cuti.Ialah kalau tak sapa nak uruskan budak2 sekolah.Baru tau rupanya yg mengajar tu bekas staff TNB yg selalu berurusan dgn Cik abg.Dia berhenti kerja sbb nak buka kelas dan ambil order.Bilalah aku blh jadi mcm dia.Buat icing fondant ni betul2 fun.Masa inilah segala creativity kita akn keluar.Ha! lepas ni bolehlah ambik tempahan utk cupcake icing fondant/gumpaste pulak.

Wednesday, August 12, 2009

Sunday, August 9, 2009

Permata Hati

Antara family Day dan Yassin Perdana

Hari ini 9hb...Ada dibuat majlis yassin perdana dan meraikan anak yatim untuk menyambut bulan ramadan yg akan datang di tmn bukit dahlia ni.Pada yg sama TNB Johor mengadakan family day.Anak2 excited nak pergi family family day.macam2 acara yg fun diorang kata. tapi at the same time mamanya ni terikat dgn program di surau tu.Aku telah ditugaskan utk bahagian jamuan.Seba salah juga dibuatnya,ialah satu tu unk keseronokan dan harapan anak dan sebahagian lagi tu utk buat kebajikan pada anak2 yatim dan kurang berkemampuan.At last buat decision yg diorang akan pergi family day dgn abahnya dan aku tinggal utk uruskan kerja aku di surau.Lagipun inilah masa utk mdpt barakah dgn menyumbangkan tenaga dlm majlis yg melibatkan anak yatim.

Saturday, August 8, 2009

Tempahan cupcake

Pada 6hb pulak kena siapkan tempahan utk cupcake 100pcs.Thanks pada kak Sal jln sekuntum for the order.Tengah sibuk2 siapkan order tu ,Zalina call pulak mintak 50 pcs utk dia for mlm esoknya.Majlis yassin dirumah .Dia nak buat doorgift utk guest yg hadir.Penat memang penat tapi seronok buat benda ni.Aku ni memang suka something yg creative.Thanks Kak sal &Zalina.
Malamnya pulak rumah Liza singapore majlis baca yassin dan doa selamat,dia minta tolong buatkan puding triffle 30 box.Jenuh juga nak menyiapkan.Puding Tahu untuk rumah angie lebih kurang 100 cup kmdn nak siapkan utk rumah liza pulak.Memang rasa penat tapi aku memang suka buat benda benda ni.Lebih-lebih lagi buat puding.Gambat tak dpt masukan lagi.nantilah kemudian

birthday hudson


31 julai....ari tu sebuk sangat.sebuk buat puding untuk dibawa kerumah angie.Angie ni jiran lorong belakang.Dia ni warganegara US. senang kata dia ni mat saleh dari negara uncle sam tulah.Dah setahun lebih duduk malaysia ni.Dah pandai cakap melayupun.one of my bestfriend juga di pasir gudang ni.Dia ni memang bagus sebab campur dengan orang.Pantang ada function apa-apa mesti dia and family ada.Husband dia Craig dan anak2 dia Caleb(12)Bethany(8) dan yg kecik sekali Hudson(6)si birthday boy tu memang pandai mix dgn pddk tempat ni.So masa dia buat birthday party ari tu ramailah yg dtg.aku & family pun sebuk2 juga,yalah bab makan2 ni memang kitaorang selalu attend.selain makan free masanilah nak jumpa semua org.

Thursday, July 30, 2009

anak..anak....

mcm biasa waktu pagi adalah time paling sebuk bagi aku.mana nak gosok baju sekolah anak dan suami kemudian kejutkan anak2,suruh diorang mandi ,solat,kemudian aku berlari pulak turun bwh untk prepare breakfast dan siapkan bekal diorang ni .masanilah pulak anak2 macm kerenah ,"ma....talipinggang adik mana ma..."ma ini mana maaaaaa..."itu adalah dialog yg akn aku dengar setiap pagi.itu blm cik abg sorang tu pulak.kadang2 pening juga kepala aku ni,ialah kita ni sorang yg memerlukan perkhidmatan ramai.manaalah terdaya...

Wednesday, July 29, 2009

Gambar

Gambar yang aku letak ni adalah gambar 3 buah hatiku yang macam-macam ragam tu.Yang sulung tu baru 12 tahun pada 18hb ari tu.Yg nombor 2 tu 10 tahun,dan yg girl tu dah 5 tahun.Diaorang bertiga nilah yg membuat aku sedar bahwa menjadi housemom bukan satu kerja mudah.rasanya 24 jam sehari pun tak cukup.Ialah apataknya semua jawataan aku pegang daripada chief cook,cleaner,butler,driver ...semuanya aku pegang.Anakku yang sulung Amir tu orangnya cool sikit,tak banyak kerenah,kalau aku panggil dan minta tolong buat something jawapnya "ya...ma...".Yg nombor 2 tu.....tulah yg selalu buat poning kepala den.kerenah dia ni kalau dibukukan rasanya boleh dpt satu buku.yg girl tu biasalah dah girl dikelilingi boy sedikit sebanyak adalah perangai boynya.tapi part mulut tu yang tak tahan,ada aje soalan cepuemas yang akan ditanya start dia celik mata sampai tido.kadang-kadang soalan tu aku nak jawap pun tak reti.Bila aku dah tak reti jawap.....jawapan aku senang aje "tanya abah!"terkedu cik abg tu...

Baru nak belajar!

Assalamualaikum buat semua,
cemburu melihat semua orang ada blog.... hati ini meronta-ronta nak buat satu tapi masa menjadi halangan utama.Ialah dengan kerjaya sebagai surirumah sepenuhmasa ini antara urusan rumahtangga dan urusan anak-sekolah berapa sangatlah masa yang tinggal untuk diri sendiri.