Thursday, August 27, 2009


27/8/2009......
Har ni rasa letih sikit sbb semalam pulun siapkan tempahan kek buah kukus.Kek ni membuatnya senang tapi nak mengukusnya tu yg leceh.Sbb kukus selama 4 jam.Lepas tu sambil tunggu mengukus kek tu,sempat juga buat tart blueberry.Saja suka2 buat utk anak2 makan dan buat sample bagi jiran2 yg nak order.Kek kukus tu terlupa pulak nak ambik gambar.

Kek buah kukus dan tart blueberry


Dah banyak hari x update blog ni.Weekend lalu balik rumah mak utk sambut awal ramadhan.Kebetulan pulak abah admitt hospital sebab demam.Kesian emak ....ialah normally yg pergi beli barang dapur tu abah so bila abah masuk hospital , xde berlauklah dia.So ,friday tu aku siap belikan barang dapur utk mak.Lepas terawikh malam tu baru aku & family bertolak balik.Sampai bdr Kluang pun dah tengah malam.My hubby apalagi sbb mengantuk dia punya pecut kereta tu sampai perut aku pun naik kecut.Nyaris2 nak tercampak dlm sungai apbl dia x perasankan lencongan di jambatan yg masih under construction tu.Alhamdulillah dpt juga berpuasa dgn mak dan jenguk abah kat hospital.Sunday tu hubby kata dia kena gi kl sbb monday ada meeting kat Uniten .So kitaorang 1 family pegilah.stay kat equotorial,Time hubby gi meeting tu aku & anak2 apalagi terus chow ke seksyen 7,jumpa member2 dan jiran2 lama.Sempat juga ngendap rumah ku yg sekarang disewakan pada org.Lepas juga rindu pada daorang.Sambil tu sempat juga shopping bunga kat Nor towkey bunga tu.

Thursday, August 20, 2009


Hari sabtu pergi Tesco extra kat Plentong.sekolah icah,Nuri bukit Dahlia telah memilih utk dia mewakili sekolah dlm colouring contest.So sebagai parent kenalah bagi sokongan.Pukul 11 pagi dah pegi w/pun cikgu dia cakap event mula pukul 12 tghr.Sampai2 cikgupun baru nak buat persiapan.So pukul 1.00 tghr baru start.Penat juga but as a mother i tetap kena beri sokongan.Petang baru habis but icah x dpt hadiahpun.

Friday, August 14, 2009

Inilah hasilnya setelah berpenat lelah.
Comel x ? itu yg buat aku mimpi siang mlm nak belajar buat benda alah ni.

Belajar buat aising fondant.


Hari selasa lepas pergi belajar buat icing fondant di sweet ummi bakery.pegi bertiga dgn k.asmah &ina.Hari tu cik abg kena ambik cuti.Ialah kalau tak sapa nak uruskan budak2 sekolah.Baru tau rupanya yg mengajar tu bekas staff TNB yg selalu berurusan dgn Cik abg.Dia berhenti kerja sbb nak buka kelas dan ambil order.Bilalah aku blh jadi mcm dia.Buat icing fondant ni betul2 fun.Masa inilah segala creativity kita akn keluar.Ha! lepas ni bolehlah ambik tempahan utk cupcake icing fondant/gumpaste pulak.

Wednesday, August 12, 2009

Sunday, August 9, 2009

Permata Hati

Antara family Day dan Yassin Perdana

Hari ini 9hb...Ada dibuat majlis yassin perdana dan meraikan anak yatim untuk menyambut bulan ramadan yg akan datang di tmn bukit dahlia ni.Pada yg sama TNB Johor mengadakan family day.Anak2 excited nak pergi family family day.macam2 acara yg fun diorang kata. tapi at the same time mamanya ni terikat dgn program di surau tu.Aku telah ditugaskan utk bahagian jamuan.Seba salah juga dibuatnya,ialah satu tu unk keseronokan dan harapan anak dan sebahagian lagi tu utk buat kebajikan pada anak2 yatim dan kurang berkemampuan.At last buat decision yg diorang akan pergi family day dgn abahnya dan aku tinggal utk uruskan kerja aku di surau.Lagipun inilah masa utk mdpt barakah dgn menyumbangkan tenaga dlm majlis yg melibatkan anak yatim.

Saturday, August 8, 2009

Tempahan cupcake

Pada 6hb pulak kena siapkan tempahan utk cupcake 100pcs.Thanks pada kak Sal jln sekuntum for the order.Tengah sibuk2 siapkan order tu ,Zalina call pulak mintak 50 pcs utk dia for mlm esoknya.Majlis yassin dirumah .Dia nak buat doorgift utk guest yg hadir.Penat memang penat tapi seronok buat benda ni.Aku ni memang suka something yg creative.Thanks Kak sal &Zalina.
Malamnya pulak rumah Liza singapore majlis baca yassin dan doa selamat,dia minta tolong buatkan puding triffle 30 box.Jenuh juga nak menyiapkan.Puding Tahu untuk rumah angie lebih kurang 100 cup kmdn nak siapkan utk rumah liza pulak.Memang rasa penat tapi aku memang suka buat benda benda ni.Lebih-lebih lagi buat puding.Gambat tak dpt masukan lagi.nantilah kemudian

birthday hudson


31 julai....ari tu sebuk sangat.sebuk buat puding untuk dibawa kerumah angie.Angie ni jiran lorong belakang.Dia ni warganegara US. senang kata dia ni mat saleh dari negara uncle sam tulah.Dah setahun lebih duduk malaysia ni.Dah pandai cakap melayupun.one of my bestfriend juga di pasir gudang ni.Dia ni memang bagus sebab campur dengan orang.Pantang ada function apa-apa mesti dia and family ada.Husband dia Craig dan anak2 dia Caleb(12)Bethany(8) dan yg kecik sekali Hudson(6)si birthday boy tu memang pandai mix dgn pddk tempat ni.So masa dia buat birthday party ari tu ramailah yg dtg.aku & family pun sebuk2 juga,yalah bab makan2 ni memang kitaorang selalu attend.selain makan free masanilah nak jumpa semua org.