Friday, August 14, 2009

Belajar buat aising fondant.


Hari selasa lepas pergi belajar buat icing fondant di sweet ummi bakery.pegi bertiga dgn k.asmah &ina.Hari tu cik abg kena ambik cuti.Ialah kalau tak sapa nak uruskan budak2 sekolah.Baru tau rupanya yg mengajar tu bekas staff TNB yg selalu berurusan dgn Cik abg.Dia berhenti kerja sbb nak buka kelas dan ambil order.Bilalah aku blh jadi mcm dia.Buat icing fondant ni betul2 fun.Masa inilah segala creativity kita akn keluar.Ha! lepas ni bolehlah ambik tempahan utk cupcake icing fondant/gumpaste pulak.

Wednesday, August 12, 2009

Sunday, August 9, 2009

Permata Hati

Antara family Day dan Yassin Perdana

Hari ini 9hb...Ada dibuat majlis yassin perdana dan meraikan anak yatim untuk menyambut bulan ramadan yg akan datang di tmn bukit dahlia ni.Pada yg sama TNB Johor mengadakan family day.Anak2 excited nak pergi family family day.macam2 acara yg fun diorang kata. tapi at the same time mamanya ni terikat dgn program di surau tu.Aku telah ditugaskan utk bahagian jamuan.Seba salah juga dibuatnya,ialah satu tu unk keseronokan dan harapan anak dan sebahagian lagi tu utk buat kebajikan pada anak2 yatim dan kurang berkemampuan.At last buat decision yg diorang akan pergi family day dgn abahnya dan aku tinggal utk uruskan kerja aku di surau.Lagipun inilah masa utk mdpt barakah dgn menyumbangkan tenaga dlm majlis yg melibatkan anak yatim.

Saturday, August 8, 2009

Tempahan cupcake

Pada 6hb pulak kena siapkan tempahan utk cupcake 100pcs.Thanks pada kak Sal jln sekuntum for the order.Tengah sibuk2 siapkan order tu ,Zalina call pulak mintak 50 pcs utk dia for mlm esoknya.Majlis yassin dirumah .Dia nak buat doorgift utk guest yg hadir.Penat memang penat tapi seronok buat benda ni.Aku ni memang suka something yg creative.Thanks Kak sal &Zalina.
Malamnya pulak rumah Liza singapore majlis baca yassin dan doa selamat,dia minta tolong buatkan puding triffle 30 box.Jenuh juga nak menyiapkan.Puding Tahu untuk rumah angie lebih kurang 100 cup kmdn nak siapkan utk rumah liza pulak.Memang rasa penat tapi aku memang suka buat benda benda ni.Lebih-lebih lagi buat puding.Gambat tak dpt masukan lagi.nantilah kemudian

birthday hudson


31 julai....ari tu sebuk sangat.sebuk buat puding untuk dibawa kerumah angie.Angie ni jiran lorong belakang.Dia ni warganegara US. senang kata dia ni mat saleh dari negara uncle sam tulah.Dah setahun lebih duduk malaysia ni.Dah pandai cakap melayupun.one of my bestfriend juga di pasir gudang ni.Dia ni memang bagus sebab campur dengan orang.Pantang ada function apa-apa mesti dia and family ada.Husband dia Craig dan anak2 dia Caleb(12)Bethany(8) dan yg kecik sekali Hudson(6)si birthday boy tu memang pandai mix dgn pddk tempat ni.So masa dia buat birthday party ari tu ramailah yg dtg.aku & family pun sebuk2 juga,yalah bab makan2 ni memang kitaorang selalu attend.selain makan free masanilah nak jumpa semua org.